Wednesday 14 March 2012

Ahli Bioasli

Jika anda berminat untuk menjadi ahli bioasli, boleh maklumkan kepada saya kerana yuran keahlian adalah percuma. Saya akan daftarkan anda dan anda layak menikmati pelbagai ganjaran dan komisyen bagi setiap pembelian anda...

Lakukannya secara online, mudah, cepat, terkini... Dari rumah pun anda boleh layari dan membeli di samping menjana pendapatan sampingan... Jom cuba!

TEMPAHAN PRODUK

Tempahan

Jika anda berminat dengan produk bioasli dan ingin membuat tempahan,
1. Catitkan
    a) Kod Produk
    b) Kuantiti dikehendaki
    c) Nama anda
    dan hantarkan butiran di atas secara SMS ke nombor 019-4882 676 / 019-5719 676 
    (Anisah)
2. Saya akan menghubungi anda untuk mengesahkan tempahan :-)

Pembayaran?

1. Anda perlu transfer duit pembayaran samada secara online atau bank-in.
2. SMS kepada saya maklumat berikut:
    a) Jumlah Bayaran
    b) Tarikh Bayaran
    c) Masa Bayaran
3. Saya akan hubungi anda untuk mengesahkan pembayaran dan mengambil maklumat untuk
    penghantaran produk :-)

Penghantaran?

1. Penghantaran akan dibuat melalui poslaju/ pos ekspress/ Gdex (mengikut kawasan).
2. Cas penghantaran adalah sebanyak RM6.00 (perlu dibayar bersama pembayaran bagi
    pembelian produk bioasli)


TERIMA KASIH.

   

Apa itu Minyak Argan?

APA ITU BUAH ARGAN?




Buah Argan dari pohon Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa ialah sejenis pokok yang tergolong di dalam keluarga Sapotaceae. Ia berasal dari era Tertiary dan merangkumi sebahagian besar kawasan Morocco. Dari sinilah bermulanya penempatan manusia di seluruh Maghribi. Pokok-pokok Argan hidup di kawasan yang agak kering di kawasan barat daya Maghribi.
Pohon Argan adalah pohon hutan khusus dan mempunyai buah yang luar biasa. Ia mewakili 65% (700,000 ha) kawasan hutan di barat daya Maghribi. Kawasan ini telah diwartakan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, dan Argan dengan sendirinya mewakili ekologi dan sosio-ekonomi bagi kawasan tersebut. Kawasan yang tandus kering telah menjadi sumber pendapatan utama bagi hampir 3 juta penduduk di kawasan ini.

Pohon Argan mempunyai manafaat yang banyak, kayunya dijadikan kayu api ataupun arang, daun, sisa kulit dan buah Amandons menjadi sumber kepada haiwan terutama kambing.


APA ITU MINYAK ARGAN?



Minyak argan sarat dengan asid lemak seperti asid linoleik, yang merupakan pelopor vitamin E. Ini menjadikan ia terkenal dengan pelembab anti-penuaan, dan antioksidan. Secara saintifik membuktikan bahawa minyak argan mampu untuk membetulkan kekurangan umur berkaitan dengan kulit yang menyebabkan penyahidratan dan kehilangan kekenyalan kulit.


Ia didapati mengandungi 700 mg bagi setiap kilogram tokoferol yang dua kali ganda jumlah yang terdapat di dalam minyak zaitun. Ia adalah bahan antioksida semula jadi dan boleh merangsang pengoksigenan intrasel. Ini membantu meneutralkan radikal bebas dan melindungi tisu lembut. Kandungan nutrien kulit dipulihkan dengan bantuan minyak argan tropika.


KHASIAT MINYAK ARGAN

Kulit :
 
Minyak Argan melindungi kulit daripada kedutan kelihatan disebabkan penuaan pramatang. Ia juga membantu mengurangkan penampilan kedutan dibawah mata.
Ia merupakan agen yang sangat baik untuk kulit kering. Ia menyegar dan melembutkan kulit lebih mudah daripada pengunaan krim atau minyak yang lain.
 
Minyak Argan kaya dengan protein yang sangat baik untuk keanjalan kulit. Ia menguatkan struktur ikatan protein pada kulit yang berfungsi untuk menegangkan kulit dan menjadikan ia kelihatan lebih segar.
 
Minyak Argan adalah sangat baik untuk mengurangkan kegatalan kulit. Ia cepat menyembuhkan tanda-tanda yang disebabkan oleh menggaru pada kulit.
 
Salah satu fakta yang paling menakjubkan tentang Minyak Argan ialah ia baik untuk kulit yang berminyak serta kulit kering. Sebum adalah bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum yang mengekalkan kulit basah dan melindungi daripada kekeringan, tetapi rembesan yang berlebihan adalah tidak baik untu,k kulit. Minyak Argan mampu mengawal rembesan sebum dan mengekalkan ke tahap yang stabil.
 
Minyak Argan membantu mencegah kesan regangan pada kulit akibat dari proses kehamilan.
Ia memberikan kekuatan kepada kuku yang lemah dan mudah pecah. Ia juga menguatkan kulit halus di akar kuku dan menjadikannya licin.
 
Minyak Argan amat berguna dalam rawatan penyakit radang kulit seperti jerawat, cara air dan psoriasis. Titik atau tompok-tompok merah muncul pada kulit dalam penyakit-penyakit ini.
 
Dalam keadaan artritis dan reumatik di mana sendi dan tisu badan yang rosak, Minyak Argan sangat melegakan dan mengurangkan kesakitan.
 
Rambut :
 
Minyak Argan menghidrat rambut dengan cara semulajadi. Ia mampu memberhentikan keikalan dan kekasaran rambut dengan cara yang cekap.
 
Minyak Argan mampu menembusi ke liang rambut serta meningkatkan keanjalan rambut. Ia juga sangat berkhasiat untuk pertumbuhan rambut.
 
Minyak Argan mampu merawat pertumbuhan rambut yang tidak terkawal serta tidak terurus. Ia mengembalikan kelancaran rambut dan rambut menjadi lebih terurus.
 
Anti Oksidan semulajadi yang terdapat dalam Minyak Argan mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih membran sel yang rosak pada rambut.
 
Kehadiran Vitamin E dalam Minyak Argan menjadikannya agen yang terbaik untuk rawatan rambut. Terdapat pelbagai agen luaran dan dalaman seperti haba, kerosakan akibat dari pengoksidaan rambut serta terlebih penggayaan. Vitamin E yang terdapat dalam Minyak Argan sangat berguna dalam memulihkan rambut secara semulajadi serta merawat kerosakan disebabkan oleh agen perosak.
 
Para penyelidik percaya bahawa Minyak Argan berfungsi mengekalkan kelembapan serta mengembalikan kilau dan sinar rambut. Mewarna rambut boleh menyebabkan kerosakan pada rambut, menjadikan rambut rapuh dan tidak terurus. Manfaat tambahan Minyak Argan adalah ia merupakan penawar rambut yang rapuh dan meningkatkan warna rambut yang dirawat. Dalam bahagian ini, ia mampu mengatasi Minyak Jojoba.
 
Pakar-pakar rambut mempercayai bahawa Minyak Argan merupakan pilihan yang tepat untuk menyembuhkan serta memulihkan rambut yang rosak, kering dan lemah akibat daripada persekitaran alam sekitar, amalan penggayaan yang berlebihan dan sebagainya.
 
Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9, Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.
 
Kuku :
 
Minyak Argan secara semulajadi kaya dengan Asid Lemak(Omega 3,6 & 9), Vitamin E, Anti-Oksidan. Ia akan menghasilkan kuku yang segar bersinar, kuat, tahan lasak, cantik dan berseri.
 
Anti Penuaan :
 
80% asid lemak tidak tepu dalam minyak argan dapat mencegah dan mengurangkan keradangan yang merupakan ejen kemerosotan dan membunuh sel-sel tubuh.
 
Kehadiran Squelene dalam sel kulit manusia mengekalkan kelembutan kulit. Disebabkan degenarasi,kulit akan kehilangan kelembutan dan timbul kedutan yang menandakan penuaan. Minyak argan dapat mengekalkan kelembutan kulit dan memperbaharui squelene.
Sterols dalam minyak Argan melindungi protein penting yang terdapat di dalam sendi manusia yang di panggil Kolagen, sekaligus mencegah kulit dan sendi menunjukkan kesan-kesan penuaan.
 
Juzuk lain yang terdapat dalam minyak Argan ialah sebatian fenolik. Sebatian fenolik melindungi badan daripada pencemaran dan radikal bebas.
 
Asid lemak tidak tepu dalam minyak Argan dapat melembutkan kulit yang kering dan merekah. Penggunaan kerap minyak Argan membantu mengurangkan kesan parut dan warna tidak sekata kulit. Minyak Argan sangat berguna dalam menghapuskan stretch mark,kedutan dan tumit merekah yang muncul di sebabkan oleh penuaan.
Minyak argan ini mengandungi 1001 kebaikan terutamanya bagi merawat masalah kulit seperti jerawat, parut jerawat, eczema, tona kulit tidak sekata, strecth mark dan perlbagai lagi. Juga sangat sesuai dijadikan sebagai vitamin semulajadi dan ejen anti-penuaan bagi mereka yang sangat menitikberatkan penampilan wajah dan diri.

Apa itu Minyak Kelapa Dara?


APA ITU MINYAK KELAPA DARA?

Minyak Kelapa Dara ialah minyak yang dihasilkan daripada buah kelapa yang cukup matang, melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal kandungan minyak, khasiat semulajadi serta aroma minyak kelapa, seperti yang terdapat di dalam buah kelapa.


Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.



KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA BIOASLI

1-Menyerupai lemak susu ibu.
2-Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, yang mengambil minyak kelapa dara sebagai sebahagian dari pemakanannya akan mendapati paras lauric acid dan capric acid bertambah secara ketara. (lihat keterangan terperinci dalam tajuk Kesan Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Ibu-ibu Yang Menysukan Anak)
3-Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan cell mati)

4-Antivirus dan antibakteria.
Lauric acid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan iaitu dengan menghancurkan dua lapisan plasma membran pada organism berkenaan.

Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication).

5-Meningkatkan Metabolisma tubuh manusia

6- Dikelaskan sebagai functional food.

Sebagai functional food, (functional food telah didefinisikan dalam An ILSI NORTH AMERICA SPECIAL CONFERENCE) bererti ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Adalah dianggarkan sekitar 50 peratus kandungan fatty asid di dalam minyak kelapa dara adalah terdiri dari lauric acid, dan 6 hingga 7 peratus kandungannya lagi adalah terdiri dari capric acid.

Lauric acid adalah 'medium chain fatty acid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan untuk memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

Sementara capric acid adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang mempunyai kelebihan fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya ke atas herpes simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia. (Reuters, London June 29,1999).

Dr. Halldor Thormar, ahli sains Icelandic, telah membuktikan bahawa monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara, dapat membunuh virus jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus herpes dan juga mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram positive. Ketika ini Dr. Halldor Thormar dan pasukannya merancang untuk meneruskan ujian fungsi serta kesan monocaprin terhadap chlamydia dan virus herpes simplex.


PENYEMBUHAN LUAR BIASA

Salah satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik adalah untuk memperlembut dan menyembuhkan kulit kering dan mengendur. Ketika mula disapukan pada kulit ia kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya yang sangat mudah diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak seperti kebanyakan losyen dan minyak komersial. Satu hakikat tentang kehebatan minyak kelapa dara berbanding dengan losyen adalah ia bukan sahaja dapat melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping dapat mendorong pertumbuhan jaringan baru yang lebih sihat.

Banyak orang memperakui bahawa ketika dipakaikan dikulit minyak kelapa dara membantu mencegah sengatan sinar matahari yang panas, sehingga dapat membantu dari gangguan seperti perkembangan kanser kulit dan jeragat kerana kelebihan cahaya ultraviolet. Pengerutan dan kulit kering boleh juga disebabkan kerana terlalu banyak sinar matahari. Minyak kelapa dara dapat juga membantu melindungi kulit dari cahaya matahari yang merosak sehingga dengan mudah tubuh secara perlahan-lahan dapat beradaptasi dalam keadaan demikian sehingga akhirnya boleh tahan terhadap cahaya yang semakin besar. Tidak seperti sunscreen, minyak kelapa dara tidak berfungsi menghambat cahaya ultraviolet, namun memudahkan tubuh untuk menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan cahaya matahari, sehingga dapat meningkatkan tingkat toleransi seiring dengan berlalunya waktu. Namun oleh kerana jenis kulit yang berbeza, tingkat toleransi setiap orang juga berbeza.

Mengapa minyak kelapa dara mampu merangsang penyembuhan dan pemulihan? Hal ini disebabkan kerana pengaruh metabolik yang dimiliki MCFA pada sel. Aktiviti selular, termasuk penyembuhan luka , diatur oleh metabolisma. Ketika angka metabolik tinggi, aktiviti selular dipercepat dan proses seperti penyembuhan jaringan terluka, penghapusan racun, penyerangan sel rosak atau sel mati dengan sel baru yang dilakukan pada aktiviti yang tinggi. Maka dari itu, proses penyembuhannya dapat dipercepat kerana MCFA memberikan sumber yenaga yang cepat pada sel untuk meningkatkan metabolik dan kemampuan penyembuhan.

Keistimewaan khusus minyak kelapa dara yang sangat berkesan adalah kemampuannya mengurangi peradangan, iaitu dapat meredakan radang kulit kronik dalam waktu hanya beberapa hari. Dalam satu kajian yang dilapurkan oleh Dr. S. Sadeghi dan lain-lain, menyatakan bahawa minyak kelapa dara dapat menurunkan bahan-bahan kimia pro-peradangan pada tubuh. Mereka menyarankan bahawa minyak kelapa dara sangat berguna pada pengubatan beberapa penyakit peradangan yang parah. Jika minyak kelapa dara diambil dalam pemakanan, ciri-ciri penyembuhannya sebagaimana yang berlaku pada kulit juga berlaku di dalam tubuh. Gangguan yang berkaitan dengan radang terutama sekali di dalam saluran gastrointestinal seperti colitis, bisul, hepatitis dan hemorrhoids, telah dapat disembuhkan dengan minyak kelapa dara ini. Minyak ini juga mungkin membantu meredakan radang di bahagian tubuh lain seperti terlihat pada multiple sclerosis, arthritis, dan peradangan pada pembuluh nadi (phlebitis) yang bisa menyebabkan pengerasan pembuluh nadi dan sakit jantung.

Dari huraian di atas menjelaskan bahawa minyak kelapa dara yang digunakan di dalam atau diluar tubuh, telah memberikan banyak manfaat kesihatan yang sangat menakjubkan.

Tonik Minyak Rambut Kelapa Dara HUGO (Wanita)



Kod : T-HUGO    Saiz : 100ml    Harga : RM40.00

Khasiat :

Diperkaya dengan minyak kelapa dara untuk menjaga kesegaran kulit kepala dan membuatkan rambut sihat, subur dan bersinar

Tonik Minyak Rambut Kelapa Dara POLO (Lelaki)


Kod : T-POLO    Saiz : 100ml    Harga : RM40.00

Khasiat :

Diperkaya dengan minyak kelapa dara untuk menjaga kesegaran kulit kepala dan mebuatkan rambut sihat, subur dan bersinar


Losyen Minyak Kelapa Dara


Kod : LVCO     Saiz : 100gm     Harga : RM35.00

Khasiat :

Untuk melembap, melembut, melicin dan menyegarkan kulit